Wednesday, June 5, 2013

Alhamdulillah ! :)

Lepas satu-satu masalah , dan aku bersyukur walaupun diberi ujian dan dugaan , aku makin ingat pada Allah s.w.t .. Dengan result aq keluar pun . Alhamdulillah! Meningkat dari yang biasa . Lepas satu-satu ujian Allah bagi , setiap ujian tu Allah sulam kan dengan kejayaan dan kesenangan yang menggembirakan hati kita namun kita tak boleh lalai. Kerana, kita kena tahu Allah s.w.t akan uji kita dengan 2 bentuk ; kesenangan dan kedukaan ! So, marilah sama-sama kita sedar dan muhasabah diri ! :D esok lusa aku nak ke perak , makan kenduri pulak . Biasa lah , cuti kan ? Haha, okee .. Byebye ,asslamualaikum w.b.t :D

Saturday, June 1, 2013

Kemana hendak aku jual "dia" ni ?

mula-mula dulu bukan main lagi , nak sangat RXZ ..ini lah padahnya ..sekarang aku dah ambik motor tu, tapi tak bayar apa lagi ..astu aku ingat nak diam-diam ja dari pengetehuan mak ayah aku,tapi apakan daya memang tak ada rahsia ibu dengan anak . Selepas itu, aku pun berterus-terang dengan mak ayah aku. Then , aku janji dengan diorang yang aku akan jual balik motor tersebut tetapi kalau tak boleh dijual ..aku terpaksa hantar balik kepada tuan dia. ADUH ! itu yang serabut kan kepala aku ..aku terpaksa cari BUYERS yang betol-betol nakkan motor ni ..

HERM ..tak apa lah , "hasbunallah hi wani'mal wakil " aku serahkan semua kepada Allah s.w.t ..mudah-mudahan Allah s.w.t tunjukkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk masalah atau cubaan ini ! :D 

Saturday, May 4, 2013

Apa nak jadi dengan aku ni ?

Kunci, kunci ooo kunci..hari tu, sampai tanjung karang aku cari kedai kunci semata-mata nak duplicate kunci moto dgn hanya dengan tapak kunci sebab aku memang takdak kunci motor tu. aduhai, dekat 5 6 buah kedai aku cari tapi tak jumpa-jumpa..sampai la dekat sekinchan..aku mintak tolong dengan uncle, tanya dia tempat mana lagi yang boleh buat kunci dengan menggunakan tapak kunci tu.. Sebab tak semua kedai kunci boleh buat.. Sebab memang susah sikit kunci tu, "legend" saja yang boleh buat.. Uncle dekat sekinchan tu cakap , dekat tanjung karang saja satu2 ja yang boleh buat.. Aku dengan kawan aku masing-masing pening camna nak buat.. Aku ambik keputusan kedai ni yang last, kalau tak boleh jugak , kita "cau" ja .. Dah pasrah, redha dan semua lah! Hahaha..sampaikan kawan aku yang drive time tu pening-pening terus u turn balik sungai besar.. Alahai," dah patah balik apa hal pulak ini ? Lebih kurang camtu lah ayat aku time tu, nak marah lebih2 pun aku menumpang je , mintak tolong dengan dia.. So, wat cool je. Dia cakap dia xperasan ada u turn . Dia straight ja, sampai aku side board baru perasan..aduhai..err, dia cakap lepak makan dulu dekat sungai besar.. Kami pun lepak la dulu, hampir pukul 2 camtu. Kami pun gerak dari sungai besar sampai tanjung karang.. Rasa penat la jugak! Haha..sampai je dekat kedai yang dimaksudkan , aku malas dah sebenarnya nak pergi tanya, so member aku pergi tanya.. Pastu, uncle cakap boleh buat.. Tapi lama sikit.. Huhhhhhh, dalam hati aku "bapak" bestt ! Lega semua adaa .. Alhamdulillah, dia cakap pkul 5 datang balik! Aku dengan member aku menunggu dekat masjid paling dekat area situ, lagipun nak solat zohor sekali terus kat situ.. Lepas semua tu, aku pergi ambil kunci , siap2 pukul 6 dah.. Alhamdulillah, sebab satu kunci . Habis semua benda jd susah.. :) sekian , asslamualaikum ! =)

Monday, April 22, 2013

Perjuangan yang masih jauh..

Hari ni 22/4/2013 , isnin.Final exam dah mula hari ini, tapi aku tak ada paper untuk hari ini, cuma esok baru aku ada satu paper iaitu microprocessor ! .agak susah jugak subjek tu, tapi apapun kena usaha dan tawakkal ja. Memang setiap kali final exam, aku tak expect pun dapat pointer tinggi cuma aku akan berusaha sedaya upaya mungkin yang aku termampu.. Dan aku akan tawakkal sahaja kepada Allah yang maha pengasih. Dugaanya yang kita lalui bukan sahaja tentang paper final tu jugak, tetapi dugaan sebelum masuk final tu. Macam-macamlah kalau nak cerita, tapi aku nak cerita kat sini sikit je la. Salah -satunya ialah internet. Selagi ada ja internet, selagi tu lah kita melayan ja internet tanpa rasa jemu. Kita akan mengakses dalam internet , apa saja yang timbul dalam benak fikiran kita. Kalau yang remaja, laman sosial dah wajib. Youtube dan yang lain-lain dah jadi extra.


Jadi , sebanyak mana dugaan yang kita hadapi..kita lah yang akan hadapi, kita yang akan mengawal dugaan tu supaya kita takkan terpengaruh.

Sekian,
Hamba Allah.

Sunday, April 14, 2013

Sakitnya Ya Allah..

Asslamualaikum w.b.t ! Sakit ialah satu sifat yang dianugerahkan oleh Allah kepada orang yang tertentu yang Dia kehendaki..Maha suci Allah, Tuhan sekelian alam.

Sehubungan dengan itu juga, sudah lama penyakit perut sensitif aku tak rasa. Allahuakhbar, sakitnya Allah sahaja lah yang tahu . Bila aku check dengan doktor di klinik, doktor assume aku mengidap keracunan makanan. Aku pun hangguk2 je la dia pesan entah apa2 la .

Tapi aku tahu, sakit jugak salah satu cara Allah nak cuci dosa2 yang lampau kita . Allhamdulillah, terima kasih ya Allah.

Friday, April 5, 2013

Patut ke aku rasa bersalah?

Hari ni 5 april 2013, hari jumaat..seperti kita sedia maklum, hari jumaat merupakan hari yang paling berkat berbanding hari-hari yang lain. Tetapi, hari ini aku diberi ujian yang hebat atas kesilapan bodoh yang aku buat. Memang salah aku, sebab aku terlalu ambil ringan pasal assignment bagai kan.. Tetapi bila kerja berkumpulan, masing2 jadi malas entah apa la. Mesti la aku risau pasal markah aku! Markah PB ni la yang nak membantu final .. Dah la aku ni tak pandai langsung, tu yang aku risau..entah, tetapi aku rasa lebih bersemangat nak study lebih sikit untuk final nanti. Aku mohon pada Allah s.w.t ampunkan dosa aku, dan dimudahkan segala urusan dan diperkuatkan diri aku menghadapi semua cabaran dalam aku menggenggam segulung ijazah..

Pandangan Anda ? :)