Monday, April 22, 2013

Perjuangan yang masih jauh..

Hari ni 22/4/2013 , isnin.Final exam dah mula hari ini, tapi aku tak ada paper untuk hari ini, cuma esok baru aku ada satu paper iaitu microprocessor ! .agak susah jugak subjek tu, tapi apapun kena usaha dan tawakkal ja. Memang setiap kali final exam, aku tak expect pun dapat pointer tinggi cuma aku akan berusaha sedaya upaya mungkin yang aku termampu.. Dan aku akan tawakkal sahaja kepada Allah yang maha pengasih. Dugaanya yang kita lalui bukan sahaja tentang paper final tu jugak, tetapi dugaan sebelum masuk final tu. Macam-macamlah kalau nak cerita, tapi aku nak cerita kat sini sikit je la. Salah -satunya ialah internet. Selagi ada ja internet, selagi tu lah kita melayan ja internet tanpa rasa jemu. Kita akan mengakses dalam internet , apa saja yang timbul dalam benak fikiran kita. Kalau yang remaja, laman sosial dah wajib. Youtube dan yang lain-lain dah jadi extra.


Jadi , sebanyak mana dugaan yang kita hadapi..kita lah yang akan hadapi, kita yang akan mengawal dugaan tu supaya kita takkan terpengaruh.

Sekian,
Hamba Allah.

Sunday, April 14, 2013

Sakitnya Ya Allah..

Asslamualaikum w.b.t ! Sakit ialah satu sifat yang dianugerahkan oleh Allah kepada orang yang tertentu yang Dia kehendaki..Maha suci Allah, Tuhan sekelian alam.

Sehubungan dengan itu juga, sudah lama penyakit perut sensitif aku tak rasa. Allahuakhbar, sakitnya Allah sahaja lah yang tahu . Bila aku check dengan doktor di klinik, doktor assume aku mengidap keracunan makanan. Aku pun hangguk2 je la dia pesan entah apa2 la .

Tapi aku tahu, sakit jugak salah satu cara Allah nak cuci dosa2 yang lampau kita . Allhamdulillah, terima kasih ya Allah.

Friday, April 5, 2013

Patut ke aku rasa bersalah?

Hari ni 5 april 2013, hari jumaat..seperti kita sedia maklum, hari jumaat merupakan hari yang paling berkat berbanding hari-hari yang lain. Tetapi, hari ini aku diberi ujian yang hebat atas kesilapan bodoh yang aku buat. Memang salah aku, sebab aku terlalu ambil ringan pasal assignment bagai kan.. Tetapi bila kerja berkumpulan, masing2 jadi malas entah apa la. Mesti la aku risau pasal markah aku! Markah PB ni la yang nak membantu final .. Dah la aku ni tak pandai langsung, tu yang aku risau..entah, tetapi aku rasa lebih bersemangat nak study lebih sikit untuk final nanti. Aku mohon pada Allah s.w.t ampunkan dosa aku, dan dimudahkan segala urusan dan diperkuatkan diri aku menghadapi semua cabaran dalam aku menggenggam segulung ijazah..

Pandangan Anda ? :)